Posted tagged ‘komposisi kaum’

Komposisi Kaum Dalam Perkhidmatan Awam… Apa Masalahnya?

November 26, 2008

1.     Hehehe, apa pula masalahnya ni? Semuanya pasal perkauman kat Malaysia ni, ekonomi, sosial, politik termasuklah bab perkhidmatan awam ni…. memanglah perkauman, sebab kita ni masyarakat majmuk.

2.     So, apa masalahnya pasal komposisi kaum dalam perkhidmatan awam di Malaysia ni? Dah tentu pasal dominasi kaum Melayu yang merupakan majoriti dalam perkhidmatan awam, betul tak? Tapi sebab tak nak sentuh sensitiviti orang Melayu, kita kata lah isunya bilangan kaum selain daripada Melayu yang sangat kecil dalam perkhidmatan awam.

3.     Bagus juga dibincangkan isu ni, sebab sebagai sebuah Kerajaan yang baik, kita hendaklah bereaksi kepada perkara yang boleh memberi kebaikan dan faedah kepada negara amnya dan rakyat khususnya. Tapi isu ini hendaklah dibincangkan secara menyeluruh dan sebarang cadangan hendaklah bersifat menambah baik dan bukan atas dasar emosi atau perkauman serta tidak mengubah dasar kenegaraan Malaysia atau dalam bahasa yang lebih mudah, apa yang telah ditetapkan dalam perlembagaan. Betul ke kalau ubah komposisi kaum boleh menambah baik perkhidmatan awam?

4.     Perkara 132 Perlembagaan menyatakan perkhidmatan awam terdiri daripada angkatan tentera, perkhidmatan kehakiman dan perundangan, perkhidmatan awam am persekutuan, pasukan polis, perkhidmatan awam bersama yang disebut dalam Perkara 133, perkhidmatan awam setiap negeri dan perkhidmatan pendidikan. Dan dalam setiap perkhidmatan ini secara umumnya terdapat dua kategori iaitu, kumpulan pengurusan dan profesional dan kumpulan sokongan, boleh jadi tiga kategori kalau kita nak ambil kira Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA), yang ni ada gak yang sebut Jutawan Sektor Awam, hahaha… macam-macam.

5.     Dalam 1.2 juta penjawat awam ni, kita kena tahu majoritinya adalah terdiri daripada tentera, polis, lain-lain perkhidmatan beruniform, guru dan perkhidmatan perubatan (doktor, jururawat dan pembantu perubatan). Statistiknya kena tanya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

6.     Jadi kat mana yang bermasalah? Yang tak memuaskan hati? Sebahagiankah? Atau semuakah? Yang kategori JUSAkah? Pengurusan dan Profesionalkah? Atau sokongankah? Atau semua sekali? Angkatan tenterakah? Perkhidmatan kehakiman dan perundangankah? Pasukan poliskah? Atau semua sekali?

7.     Yang saya ingat, isu komposisi kaum dalam angkatan tentera dan pasukan polis especially yang berpangkat rendah ni memang Kerajaan kita dah address dah, hingga buat promosi lagi, tapi sambutannya tuan2 tau sendirilah, hampa dan dukacita. Mungkin sebab gaji kecil kot.

8.     Perkhidmatan pendidikan ni mungkin takde isu sebab ada sekolah jenis kebangsaan. Sekarang ni kalau ada yang tak tahu dah ada institusi pengajian tinggi ala2 sekolah jenis kebangsaan ni macam unitar, universiti wawasan, dan satu lagi milik MIC (yang ni kalau saya tak silap la, saya tak pasti, so jangan saman plak, lebih kurang gitulah). Tapi point saya adalah mungkin takde isu komposisi kaum dalam perkhidmatan pendidikan kerana faktor ni.

9.     Untuk kategori perkhidmatan kehakiman dan perundangan dan perkhidmatan perubatan mungkin tak timbul isu sebab komposisi kaumnya saya percaya adalah agak seimbang. Oleh sebab itu, ketepikan perkhidmatan polis, tentera dan guru, saya rasa isu komposisi kaum dalam perkhidmatan awam ni mungkin la kot berkaitan dengan kategori JUSA dan Pengurusan dan Profesional bagi perkhidmatan awam am persekutuan dan lain-lain perkhidamtan. Kumpulan sokongan tak termasuk, sebab saya andaikan sama seperti jawatan pangkat rendah untuk angkatan tentera dan polis, takde sambutan, so takde isulah….. betulkan saya kalau tak tepat, saya cuma menganalisa untuk memahami sahaja.

10.     Tetapi, berbalik kepada point no. 5 tadi, perkhidmatan awam am persekutuan dan lain-lain perkhidmatan apatah lagi hanya bagi kategori JUSA dan kumpulan pengurusan dan profesional adalah merupakan golongan yang tidak seramai manapun. Maksud saya, isu komposisi kaum yang digembar-gemburkan tadi kalau merujuk kepada 2 kategori tadi, mungkinlah tidak seserius mana dan mungkin tidak wujudpun dan skopnya tidaklah meluas. Kes terpencil sahaja.

11.     Namun, saya tidaklah pula menolak dakwaan pihak-pihak tertentu seperti MP dari Pulau Pinang kalau tak silap saya, secara mentah-mentah. Cuma, adalah lebih baik sekiranya dakwaan tersebut disokong dengan fakta  dan diulas secara lebih menyeluruh. Ada lain-lain komen? Dipersilakan.