Archive for the ‘Uncategorized’ category

Perpaduan dan Pergaulan

November 21, 2013

Perpaduan terbentuk di kalangan sekumpulan individu apabila mereka mempunyai nilai dan kepentingan yang sama. setiap individu mempunyai banyak nilai dan kepentingan yang berbeza-beza dalam banyak perkara. Oleh itu adalah mustahil untuk mewujudkan perpaduan hanya apabila nilai dan kepentingan sekumpulan individu itu sama bagi setiap perkara.

Namun, perpaduan boleh berlaku apabila kebanyakan nilai dan kepentingan atau nilai dan kepentingan yang utama adalah sama di kalangan sekumpulan individu. Individu yang mempunyai nilai dan kepentingan yang berbeza adalah berkemungkinan kecil untuk berpadu sesama mereka. Lihatlah di sekeliling kita dan anda akan faham.

Secara umumnya, nilai dan kepentingan seseorang individu itu banyak dipengaruhi oleh latarbelakang masyarakat di mana mereka bergaul. Masyarakat yang prihatin secara umumnya akan melahirkan individu yang prihatin dan sebaliknya.

Dalam hal ini, bolehlah dikatakan pergaulan merupakan asas penting untuk melahirkan individu yang mempunyai nilai dan kepentingan yang sama. Semakin kurang kita bergaul sesama kita, semakin kuranglah persamaan nilai dan kepentingan antara kita. Semakin kita bergaul, semakin kita berkongsi nilai dan kepentingan yang sama, semakin mudahlah kita bersatu padu.

Di malaysia, pergaulan di kalangan kaum yang berbeza tidak berlaku dari peringkat awal. Ini kerana mereka belajar di sekolah yang berbeza sistem. Kalaupun ada, hanya sebilangan kecil sahaja.  ini menyebabkan kita mempunyai nilai dan kepentingan yang tidak sama dan sukar untuk bersatu padu.

 

Saya tertarik dengan kenyataan seorang ahli politik yang menyarankan pembubaran parti politik berasaskan agama dan kaum. Sewajarnya, ahli politik ini sekiranya tidak mempunyai kepentingan perlulah menyarankan supaya sekolah berasaskan kaum dibubarkan terlebih dahulu.

sekian.

pelaburan hartanah, pencen, simpanan/tabungan, insurans/takaful (perlindungan)

January 26, 2010

Salam dan sejahtera,

Hampir genap sebulan tahun baru 2010 menjelma, rasa macam baru seketika saya mula menulis blog. Tapi baru 8 post yang dapat saya coretkan di blog saya ini. I wonder how much time a full time blogger spent a day.

Apapun, saya rasa bilangan post bukanlah sesuatu yang penting di dalam penulisan blog, sekurang-kurangnya bagi diri saya. Untuk mengatasi keterbatasan waktu yang ada untuk menerbitkan post yang baru, saya terfikir untuk mencoretkan topik/idea yang akan menjadi next posting saya dan tajuk post kali ini merupakan topik untuk next posting saya.

So, untuk kali ini, apa kena mengena pelaburan hartanah dengan pencen, simpanan/tabungan dan insurans/takaful (perlindungan)? untuk mengetahui lebih lanjut, nantikan posting seterusnya.

Bakal PM Malaysia pada 2020!!!

November 12, 2008

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca yang dihormati,

dsc00277Saya ingin mewujudkan satu portal yang berguna kepada golongan pelajar dan mahasiswa/siswi untuk dimanfaatkan semasa dan selepas pengajian.

Portal ini akan mengandungi maklumat seperti rujukan pengajian, peluang melanjutkan pengajian, peluang pekerjaan atau setidak-tidaknya link bagi perkara tersebut dan yang paling penting sekali adalah bagi menyampaikan maklumat yang kurang atau mungkin tidak disampaikan semasa kuliah.

Contohnya, seperti aspek kesihatan, pengurusan kewangan peribadi, apa yang seorang pelajar/graduan perlu lakukan selepas menamatkan pengajian/latihan? Apakah pilihan yang mereka ada? Realiti pasaran pekerjaan dan peluang perniagaan semasa di dalam dan di luar negara dan pelbagai perkara lagi yang dapat membantu membentuk kehidupan mereka sebagai rakyat Malaysia yang berjaya dan mampu menyumbang sesuatu kepada Negara.

Dalam membangunkan portal ini bermula sebagai sebuah blog, saya mengalu-alukan input atau idea dari rakan pembaca untuk membolehkan idea ini direalisasikan.

Saya mempunyai keyakinan penuh sekiranya portal ini berjaya diwujudkan, ia akan menjadi salah satu platform kepada pembaca untuk membina networking bagi tujuan riadah, sosial, perniagaan, kepenggunaan dan pelbagai lagi tujuan waima sebagai satu kekuatan di bawah kesatuan untuk menjaga kepentingan kita sebagai rakyat biasa dalam mengharungi kehidupan yang semakin mencabar.

Akhir kata, harapan saya agar blog ini akan berkembang dan memberi manfaat walau sebesar zarah kepada rakyat Malaysia umumnya dan para pelajar/mahasiswa/siswi khususnya kalaupun tidak dapat melahirkan PM Malaysia pada 2020 nanti.

Wassalam.

Akan Datang!!!!! Hak Keistimewaan Melayu, Wujudkah ia?

November 11, 2008

Apakah sebenarnya yang dikatakan hak keistimewaan Melayu? Adakah ia benar-benar wujud atau hanya ilusi atau mainan kata yang mengaburi hakikat sebenar kewujudan satu perkara yang lain?

Tunggu…..

Artikel ini bukan diterbitkan bagi meniup api perkauman, tetapi adalah bagi menjelaskan perasaan dan fikiran orang Melayu berkaitan apa yang telah dibangkitkan oleh rakan berbangsa Cina dan India untuk diselami dan difahami…..