Archive for November 2013

Perpaduan dan Pergaulan

November 21, 2013

Perpaduan terbentuk di kalangan sekumpulan individu apabila mereka mempunyai nilai dan kepentingan yang sama. setiap individu mempunyai banyak nilai dan kepentingan yang berbeza-beza dalam banyak perkara. Oleh itu adalah mustahil untuk mewujudkan perpaduan hanya apabila nilai dan kepentingan sekumpulan individu itu sama bagi setiap perkara.

Namun, perpaduan boleh berlaku apabila kebanyakan nilai dan kepentingan atau nilai dan kepentingan yang utama adalah sama di kalangan sekumpulan individu. Individu yang mempunyai nilai dan kepentingan yang berbeza adalah berkemungkinan kecil untuk berpadu sesama mereka. Lihatlah di sekeliling kita dan anda akan faham.

Secara umumnya, nilai dan kepentingan seseorang individu itu banyak dipengaruhi oleh latarbelakang masyarakat di mana mereka bergaul. Masyarakat yang prihatin secara umumnya akan melahirkan individu yang prihatin dan sebaliknya.

Dalam hal ini, bolehlah dikatakan pergaulan merupakan asas penting untuk melahirkan individu yang mempunyai nilai dan kepentingan yang sama. Semakin kurang kita bergaul sesama kita, semakin kuranglah persamaan nilai dan kepentingan antara kita. Semakin kita bergaul, semakin kita berkongsi nilai dan kepentingan yang sama, semakin mudahlah kita bersatu padu.

Di malaysia, pergaulan di kalangan kaum yang berbeza tidak berlaku dari peringkat awal. Ini kerana mereka belajar di sekolah yang berbeza sistem. Kalaupun ada, hanya sebilangan kecil sahaja.  ini menyebabkan kita mempunyai nilai dan kepentingan yang tidak sama dan sukar untuk bersatu padu.

 

Saya tertarik dengan kenyataan seorang ahli politik yang menyarankan pembubaran parti politik berasaskan agama dan kaum. Sewajarnya, ahli politik ini sekiranya tidak mempunyai kepentingan perlulah menyarankan supaya sekolah berasaskan kaum dibubarkan terlebih dahulu.

sekian.

Kenapa dasar pembangunan usahawan bumiputera bukan satu diskriminasi perkauman?

November 2, 2013

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

Isu bantuan kepada golongan usahawan bumiputera sering dikritik sebagai satu polisi yang bersifat diskriminasi kaum. Sejauh mana kebenarannya? Saya sebagai rakyat malaysia yang cintakan tanah air saya, percaya ianya bukanlah satu polisi yang bersifat perkauman dan meminta kerajaan meneruskan pelaksanaannya dengan penuh amanah dan bertanggung jawab.

 

persoalannya, kenapa polisi ini perlu wujud dan bagaimana boleh dikatakan polisi yang menyokong satu pihak sahaja sebagai tidak bersifat diskriminasi kaum? Renung-renungkan dengan hati yang jernih. Kalau kita mengatakan ianya bersifat diskriminasi kaum, mungkin hati kita sendiri kurang bersih dan kita sendiri yang terlebih bersifat perkauman. Harap kerajaan boleh jelaskan perkara ini sejelas-jelasnya supaya tidak berbangkit perkara ini dalam pilihanraya akan datang dan bumiputera sekali lagi terpaksa berkorban.