Pelaburan Bijak… Beli Rumah (bahagian 1)
Berdasarkan pembacaan, pemerhatian dan pengalaman, saya dapati membeli rumah mengikut kriteria tertentu adalah merupakan mekanisma pelaburan yang bijak (dengan risiko antara terendah dan pulangan ant
ara tertinggi dan tercepat).
Oleh itu, saya suka syorkan kepada para pembaca terutamanya rakan siswa dan siswi yang baru mula bekerja supaya membeli rumah sebagai satu bentuk pelaburan. Rumah merupakan aset yang nilainya akan meningkat dan dapat memberi pulangan kepada pemiliknya. Tidak seperti kenderaan, aset yang nilainya menurun dan memerlukan pemiliknya berbelanja untuk bayaran ansuran, minyak, penyelenggaraan dan pembaikan dan banyak lagi (Bunyinya tidak seperti aset dan lebih kepada beban atau tanggungan kepada saya).
Saya tekankan syor saya kepada siswa dan siswi yang baru bekerja kerana saya perhatikan kebanyakan mereka lebih berminat untuk membeli kenderaan berbanding rumah yang pada pendapat saya merupakan satu opportunity cost yang sangat besar kesannya kepada perjalanan hidup mereka terutama sekiranya mereka mengamalkan gaya hidup remaja masa kini. Apa tidaknya, sebuah kenderaan yang berharga RM50k++ tanpa bayaran muka dengan tempoh pembiayaan selama 9 tahun dengan mudah akan memerlukan mereka mengeluarkan sekurang-kurangnya RM700 sebulan untuk bayaran ansuran bulanan pembiayaan. Ini tidak termasuk duit yang dikeluarkan untuk minyak dan penyelenggaraan. Lagi jauh jalan lagi banyak duit keluar. Tak sebut lagi yang suka p starbuck tiap2 malam, yang suka makeup kenderaan dan macam2 lagilah.
Untuk makluman, keuntungan daripada membeli rumah seperti apartment boleh mencecah puluhan ribu ringgit dalam masa yang singkat (kalau proses beli rumah di Malaysia ni boleh dipermudahkan, lagi cepat boleh buat untung dan lagi bagus kesannya kepada ekonomi kita, boleh tulis satu post lagi khusus pasal tempoh pembelian rumah di Malaysia yang memakan masa ni, hehe), malahan dapat memberi jaminan pendapatan tetap yang stabil kepada pemiliknya atau sekurang-kurangnya membolehkan anda memiliki rumah tersebut tanpa membayar wang ansuran, tidak seperti kes kenderaan di atas (Yang ini bunyinya barulah seperti aset, tidak membebankan malah memberi pulangan).
Walau bagaimanapun, sebelum saya menyambung lanjut, adalah penting untuk saya senaraikan dan jelaskan kriteria rumah yang akan menjadi pelaburan bijak kepada pembelinya, seperti berikut:
1. Lokasi
2. Harga belian
3. Bayaran ansuran
4. Potensi nilai rumah
Berdasarkan pengalaman saya, saya akan berkongsi dengan pembaca semua kenapa pembelian rumah yang menepati kriteria di atas adalah satu pelaburan yang bijak. Tapi, sila tunggu bahagian seterusnya dalam post akan datang…..